Monday, January 2, 2012

Satu perubahan


Sekali lagi air mata menitis, saat mendengar hela nafas sang ibu menahan tangis tatkala bercerita tentang anak bongsunya. Anak bongsu, juga merupakan adikku yang kini berusia 18 tahun. Sudah cukup besar aku kira, sudah pandai menilai segala perkara. Kalau dulu, dialah yang paling tak mendengar kata, paling sukar utk dibawa bicara, paling banyak kerenahnya, paling banyak ragamnya. Apa yang dikatakannya dulu semuanya harus diterima. Dialah saja yg betul dan semua orang lain salah. Tpi syukur Ya Allah, Kau bukakan hati dirinya, Kau lembutkan hatinya utk berubah. Entah bila mulanya, tak mampu utkku meneka. Hanya dia yang mengetahui. Atas alasan ap, atas sebab apa, sungguh aku xmemahami. Sedikit drastik perubahan itu, tapi aku tetap bersyukur kerana dia telah berubah. Berubah menjadi anak yg lebih solehah. Tudung yang dlu entah ke mana dilempar, kini lekat di kepala, tudung yang dlu entah berapa panjangnya, kini telah ditambah panjangnya, kaki yang dlu tidak berbaju, kini disarung cantik tertutup, baju yang dlu singkat bertingkat, kini lebih labuh, solat yang dlu dilewat2kan, kini diawalkan, malah solat-solat sunat kau tambahkn bersama, adab yang dlu kau endahkan, kini kau amat pentingkan. Setiap perilaku, setiap perkataan yang kau tuturkan, semuanya ternyata berubah. Ya, kau memang telah berubah. Sungguh aku terkedu malu mendengar perubahanmu T_T

Kata mak, bila ditanya mengapa, jawapannya
"Adik da 18 tahun, adik da banyak berdosa"
Ya Allah, tergamam diri. Seorang adik yang sentiasa aku anggap masih kecil, masih hingusan, mampu berfikir sebegitu. Sedangkan aku? Terduduk.......Mungkin juga berkat doa ibuku yang sentiasa mengharap dirinya berubah suatu hari nti dan hari ini, ternyata dia telah berubah.

Kata mak, abang xsuka melihat dirinya berubah. Katanya, terlalu drastik. Terlucut di bibirnya, "takut adik mati" Ya Allah abg, jgn ucapkn begitu. bersyukurlah adikmu kini telah berubah. Berubah menjadi anak yang lebih solehah. Malu, sungguh aku malu. Saat usia menganjak tua, aku tetap aku. Masih seperti dlu. Tidak, aku juga akan berubah. Terima kasih adik, kerana mengingatknku kembali asal-usulku, adab-adabku. Terima kasih. Semoga perubahan itu akan terus kekal dan semoga aku mampu menjadi seperti dirinya yang mampu berubah menjadi anak yang lebih solehah, insyaAllah :)




p/s: entah macam mana, terkarang jdi bahasa sastera -_-''

No comments:

Post a Comment